• English
  • B.Malaysia

PostHeaderIcon Berita Utama

http://www.malaysia-instinct.com/english/images/mi_malay_header.png

PostHeaderIcon Jangan Mudah Jadi 'Pak Turut' - Musa Hassan

PostDateIconThursday, 09 September 2010 04:23 | PDF Print E-mail

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengingatkan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar mempertahankan integriti pasukan dan tidak mudah menjadi ‘pak turut’ serta mengikut telunjuk pihak tertentu.

Katanya, PDRM mesti mempertahankan perkara itu supaya tanggungjawab membanteras jenayah dapat dilakukan lebih efektif dan berkesan.

Menurutnya, integriti setiap jabatan dalam PDRM amat penting untuk kebaikan setiap pegawai dan anggotanya.

“Jangan tolak ansur dalam soal integriti ini, rosak pasukan nanti.

“PDRM bukan peminta sedekah dan bukan ambil duit orang lain tetapi kewujudannya untuk menjaga keamanan masyarakat dan negara,” katanya.

Read more...

 

PostHeaderIcon Tutup Operasi Malaysian Insider

PostDateIconThursday, 09 September 2010 04:20 | PDF Print E-mail

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) diminta menutup operasi portal berita The Malaysian Insider kerana berita-berita yang disiarkan selama ini didakwa dilakukan secara semberono, tidak beretika dan berasaskan fakta.

Pada masa sama SKMM serta Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) juga diminta menyiasat dan seterusnya mendedahkan pihak yang menjadi pembiaya portal berita itu.

Bekas Setiausaha Sulit Anwar Ibrahim, Anuar Shaari (gambar) berkata, tindakan itu perlu bagi menghalang The Malaysian Insider daripada terus mempengaruhi rakyat dengan berita-berita yang tidak berasas.

“Apatah lagi timbul dakwaan mengenai hubungan antara Ketua Pegawai Eksekutifnya, Jahabar Sadiq dengan Kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) yang pasti boleh memberi kesan buruk kepada negara.

“Jahabar juga didakwa mempunyai hubungan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Kalimullah Hassan, Lim Guan Eng, Ketua Pegawai Eksekutif Metro TV di Indonesia, Surya Paloh dan penulis The Straits Times di Singapura, Riongkali,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Read more...

 

PostHeaderIcon Tradisi Hari Raya Pun Hendak Dipolitikkan?

PostDateIconThursday, 09 September 2010 04:15 | PDF Print E-mail

mn 

Oleh Noor Sulastry Yurni Ahmad

 TRADISI meraikan Hari Raya sudah mengalami pelbagai fasa perubahan dari segi amalannya. Semakin hari semakin banyak pembaharuan yang diterapkan dalam sambutan Hari Raya masyarakat Malaysia.

Bermula dengan aktiviti ziarah-menziarahi, balik kampung, gotong-royong menyediakan juadah, penyediaan pakaian tradisi sudah dikontemporarikan sehingga amalan rumah terbuka menjadi semakin popular dan ikutan semasa.

Sedangkan pada masa zaman nenek moyang atau generasi ibu bapa kita, rumah sentiasa terbuka menerima kehadiran para tetamu. Tetapi pada era kebangkitan teknologi maklumat ini, konsep rumah terbuka ini sudah menjadi komersil dan tidak terhad kepada rumah sahaja malah organisasi besar, syarikat gergasi, sekolah-sekolah sudah membina budaya rumah terbuka ini dalam konteks yang berbeza pendekatannya.

Namun, motif atau matlamat budaya rumah terbuka ini masih sama iaitu memupuk hubungan yang erat sesama umat manusia yang melangkaui garis latar belakang para tamu. Evolusi kehangatan transformasi sentiasa dirasakan dan dinantikan oleh masyarakat Malaysia pada era kini kerana faktor kesibukan, kesuntukan masa, perkhidmatan yang ditawarkan, penjimatan kos dan daya saing mengukuhkan lagi budaya sebegini semakin popular.

Last Updated (Thursday, 09 September 2010 05:16)

Read more...

 

PostHeaderIcon Ni Apa Cita Guan Eng Bawak Bapak Dia Pergi Lawatan Rasmi Ke China Ni?

PostDateIconWednesday, 08 September 2010 22:10 | PDF Print E-mail

q

Oleh: http://www.pisau.net/

Ketua Menteri paling celaka dalam sejarah negeri telah tiada dan telah pergi meninggalkan kita.Ya beliau meninggalkan kita membawa seribu kenangan dibulan Ramadhan dengan berbuka puasa bersama marhain lembu lembuan pakatan haprak yang tercinta.

Masih berbekas bau air tangan Guan Eng,masih teringat saat akhir beliau menyuapkan buah kurma Yusof Taiyub,kenangan mendapat hamper hasil zakat disampaikan sendiri oleh Ketua menteri paling celaka didalam sejarah telah menambat hatiku untuk terus mendambakan kasih dan ihsan dari beliau.

Ramadhan tahun ini memberi kenangan buat diri ku insan yang masih dahagakan ilmu dan panduan daripada seorang khalifah sosialis yang diangkat darjatnya oleh wali selipar tersohor dari Kelate.

Read more...

 

PostHeaderIcon Pembangkang Guna Taktik Komunis

PostDateIconWednesday, 08 September 2010 12:40 | PDF Print E-mail

t

 

Oleh Jamhariah Jaafar


UMNO tidak akan tunduk kepada kumpulan yang mencanang ramalan negatif mengenai Pilihan Raya Umum ke-13 nanti, sebaliknya terus melaksanakan tanggungjawab membela nasib rakyat dan mengukuhkan imej Barisan Nasional (BN) yang membawa Malaysia menjadi antara paling disegani dunia dalam tempoh 53 tahun.

 “Kita tidak perlu tunduk dengan tekanan negatif yang hanya melemahkan kita. UMNO dan BN diserang dari setiap sudut terutama pembangkang yang diketuai orang yang pernah menjadi orang kedua paling berkuasa di negara ini.

Read more...

 
More Articles...
  • Tolenrasi Kaum Asas Persetujuan Kontrak Sosial
  • Keluar Dari Cengkerang La Nurul Izzah
  • Persoal Perlembagaan, Kerajaan Tegas La Sikit...
  • Indon Ceroboh Lagi Kedutaan Malaysia

<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>

Page 2 of 361

Copyright © 2009 Malaysia-instinct.com All Rights Reserved.

Designed by XYZ.