• English
  • B.Malaysia

PostHeaderIcon Berita Utama

http://www.malaysia-instinct.com/english/images/mi_malay_header.png

PostHeaderIcon 8 Inisiatif Pembaharuan Strategik Pacu MBE

PostDateIconTuesday, 07 September 2010 05:03 | PDF Print E-mail

nb

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menggariskan lapan Inisiatif Pembaharuan Strategik (SRI) yang merentasi 12 Bidang Utama Ekonomi Negara (NKEA) dalam usaha memacu Model Baru Ekonomi (MBE).

Perdana Menteri berkata, inisiatif itu adalah pelengkap kepada program transformasi kerajaan (GTP) dan pelan transformasi ekonomi (ETP) serta gagasan 1Malaysia seperti terkandung dalam satu peta panduan yang bakal diterjemahkan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) dan RMK-11.

Menurutnya, lapan inisiatif tersebut adalah mengupayakan sektor swasta, menentukan ekonomi domestik berdaya saing, memperkasakan sektor perkhidmatan awam dan memperkasa sumber-sumber pertumbuhan baru.

Selain itu, kata beliau, pembaharuan strategik tersebut juga melibatkan tindakan afirmatif yang telus dan mesra pasaran; mengukuhkan asas pengetahuan dan infrastruktur; menentukan modal insan berkebolehan yang mencukupi serta memenuhi tuntutan pasaran dan memastikan kelangsungan pertumbuhan ekonomi mapan.

Last Updated (Tuesday, 07 September 2010 09:30)

Read more...

 

PostHeaderIcon Hikmah Khoo Kay Kim Berketurunan Tionghua

PostDateIconTuesday, 07 September 2010 04:59 | PDF Print E-mail

mn

Oleh JEFRI ZACHARIAH

Siapa tak kenal sejarawan Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim, anak kelahiran Kampar, Perak yang dah berpuluh tahun menghuni pejabat Jabatan Sejarah di Universiti Malaya.

Beliau sentiasa menjadi pilihan para sarjana dan media apabila timbul sesuatu polemik yang memerlukan penjelasan secara rasional dan penuh akademika.

Dalam konteks negara kita, saya cukup bersyukur kerana Allah menjadikan beliau dari keturunan Tionghua, bahkan saya lebih bersyukur jika beliau sempat mengucap dua kalimah syahadah sebelum meninggalkan kita semua.

Mengapa saya katakan yang saya bersyukur bila Kay Kim dilahirkan daripada keturunan Tionghua?

Last Updated (Tuesday, 07 September 2010 08:03)

Read more...

 

PostHeaderIcon Musa Tiada Facebook

PostDateIconTuesday, 07 September 2010 04:54 | PDF Print E-mail

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan telah mengarahkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman agar menyiasat satu akaun laman sosial Facebook yang menggunakan nama dan gambar peribadinya tanpa kebenaran.

Musa berkata, kewujudan akaun Facebook itu disedari oleh seorang pegawainya kira-kira dua bulan lalu sebelum beliau melihatnya sendiri.

"Saya telah meminta JSJK dengan dibantu Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat kes tersebut," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ditanya pandangannya berhubung penggunaan Facebook di kalangan pegawai-pegawainya yang menjadi penghubung dengan media bagi mendapatkan bahan berita terkini, Musa menjelaskan Facebook sewajarnya digunakan untuk kegunaan peribadi bukan sebagai tempat hebahan umum.

"Polis tidak wajar menjadikan Facebook sebagai tempat untuk mendedahkan perkembangan siasatan dan kes-kes yang ingin dikongsi dengan media.

"Sewajarnya pihak berkenaan tahu apa yang dia ingin dedahkan. Tidak semua boleh dikongsi dengan umum kerana dikhuatiri menganggu perjalanan siasatan," katanya.

Read more...

 

PostHeaderIcon Musa Hassan Kata KDN Campur Tangan Urusan Polis

PostDateIconTuesday, 07 September 2010 04:40 | PDF Print E-mail

nb

Tan Sri Musa Hassan mengakui luahannya berhubung campur tangan pihak ketiga dalam tugasnya sebagai Ketua Polis Negara (KPN) sebelum ini, adalah merujuk kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Beliau berkata, campur tangan itu yang melibatkan pengeluaran sesuatu arahan tanpa pengetahuannya, tidak selari dengan arahan dan kawalannya sebagai KPN.

"Saya tidak mahu ada pihak beri arahan salah. Arahan mesti dari polis, bukan dari orang luar.

"Malah, ada pegawai-pegawai saya yang dikawal. Tindakan sedemikian salah dan membelakangkan undang-undang," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini hari ini.

Read more...

 

PostHeaderIcon Kenapa Pertikai Artikel 153 Selepas 53 Tahun Merdeka?

PostDateIconTuesday, 07 September 2010 04:35 | PDF Print E-mail

RAKYAT Malaysia tidak kira bangsa, agama mahupun keturunan seharusnya bersyukur dengan nikmat kemerdekaan yang kita kecapi hari ini.

Tanggal 31 Ogos yang lalu, genaplah 53 tahun negara kita bebas dari belenggu penjajahan. Selama 53 tahun jugalah Malaysia (dulunya dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu) telah ditadbir urus oleh warganya sendiri yang diterajui oleh parti UMNO yang telah membentuk kerajaan dan terbukti berjaya membawa Malaysia menjadi sebuah negara yang disegani. Tidak dinafikan juga Malaysia adalah negara paling maju dan membangun jika dibandingkan dengan negara-negara lain yang mencapai kemerdekaan sama dengan negara kita.

Pun begitu, suara-suara sumbang makin lantang kedengaran selepas 53 tahun kita merdeka. Ada yang makin lantang dan berani mempertikaikan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan yang telah mengiktiraf hak istimewa orang Melayu.

Umum mengetahui Artikel 153 ini adalah di bawah tanggungjawab Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang telah memberi kuasa kepada Raja-raja Melayu bagi menjaga kedudukan dan hak istimewa orang Melayu. Hanya perkenan Raja-raja Melayu sahaja yang boleh meminda Artikel ini dan Parlimen tidak mempunyai kuasa penuh untuk sebarang pindaan.

Read more...

 
More Articles...
  • Air Zam Zam Campur Air Kosong
  • Henti Persoal Hak Melayu
  • Zaid Ibrahim Ejen UMNO Dalam PKR
  • Sosilawati Hilang!

<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>

Page 10 of 363

Copyright © 2009 Malaysia-instinct.com All Rights Reserved.

Designed by XYZ.