Air zam-zam merupakan antara buah tangan istimewa yang sering dibawa pulang oleh jemaah haji sekembali daripada mengerjakan ibadah haji atau umrah di Mekah namun minuman itu semakin mudah diperoleh di Pulau Pinang sejak lima tahun lalu.
Air itu mudah didapati ekoran terdapat sebuah syarikat dikatakan telah diberi kebenaran untuk membekalkan air tersebut kepada orang ramai dan ia dijual beberapa peniaga seperti di bazar Jalan Penang, Lorong Kulit, Pasar Tun Sardon, Bayan Baru dan Bayan Lepas.
Bagaiamanapun, sejak kebelakangan ini timbul kebimbangan di kalangan orang ramai kemungkinan ada pihak menjual air zam zam tiruan iaitu yang dicampur dengan air kosong.
Semakin hari kelihatan seolah-olah tidak ada pihak yang akan berundur dari terus mencetuskan kemarahan kaum.
Di dalam media siber, kaum Cina terus-terusan menghina Melayu dan Islam tanpa dikenakan tindakan. Ini menyebabkan lebih ramai kaum Cina bangkit ‘menyerang’ Melayu kerana tahu mereka akan tetap terlepas.
Mamat ini ada nama, ada duit, ada pengaruh tapi dia juga target mudah semua pihak dalam politik.....ejen yang sempurna bukan?
Oleh Satu Hala
Tak pernah terfikir pun benda ini sebelum ini.....tapi dengar kata Zaid Ibrahim sendiri mendedahkan ada pihak fitnah dia sebagai ejen Daim Zainuddin yang dihantar untuk masuk ke dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi tujuan memusnahkan parti itu.
Macam cerita spy atau penyiasatan bertaraf antarbangsa pun ada gak....ala-ala plot era perang dingin gayanya.
Hebat betul kedudukan Zaid Ibrahim ni kan.....ramai yang akan beranggapan ini adalah fitnah yang ditabur Azmin Ali (yang bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR menentang Zaid) dan pengikutnya....boleh jadi juga.
Namun, di sebalik ada yang menganggap perkara itu mungkin sekadar fitnah atau helah untuk menjatuhkan Zaid, mungkin ada kebenaran di sebalik apa yang diperkatakan itu.
Jutawan kosmetik yang juga bekas isteri penyanyi Nash, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dilaporkan hilang sejak seminggu lalu bersama tiga individu lain dipercayai peguam dan pemandunya serta seorang pegawai bank.
Kehilangan Sosilawati menimbulkan misteri kerana sehingga malam tadi polis masih belum dapat mengenal pasti motifnya, malah ahli keluarganya juga tidak menerima sebarang panggilan menuntut wang tebusan.
Menurut sumber, pengasas empayar produk kecantikan Novelle Visages itu dikatakan keluar dari banglo mewahnya di Taman Harmonis, Gombak di sini pada 30 Ogos lalu untuk meninjau projek terbarunya di Banting dan sepatutnya pulang tiga hari selepas itu. Sooselawati dikatakan memberitahu anak-anaknya yang beliau akan ke Banting selama tiga hari untuk perbincangan perniagaan.
Bagaimanapun, selepas tiga hari tidak pulang ke rumah dan usaha menghubungi telefon bimbitnya juga gagal, anak-anaknya membuat dua laporan polis memaklumkan kehilangan ahli perniagaan itu, katanya.
Penulis telah diundang untuk menyampaikan ceramah atau syarahan tentang gagasan 1Malaysia cetusan idea Datuk Seri Najib Tun Razak lebih kurang 10 kali. Kami di Gapena mengambil pendirian menyokong gagasan ini kerana pegangan kukuhnya kepada Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan falsafah Rukun Negara. Penulis sendiri pernah menghadiri satu penjelasan yang disampaikan oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri bertempat di IKIM, kira-kira dua bulan selepas gagasan itu disebut.
Apakah gagasan 1Malaysia ini merupakan kesinambungan satu perjuangan, retorik politik, substantif, dan relevan? Yang pasti, kita perlu menterjemahkannya ke dalam kehidupan kita berbangsa satu dan bernegara yang satu ini, yakni satu Malaysia. Apakah kefahaman rakyat menyeluruh tentang makna gagasan itu dari segi konsep, slogan dan formulanya yang mendokong ciri-ciri tersendiri atau dibiarkan bebas ditafsirkan mengikut selera sesiapa juga tanpa berpedomankan aspirasi sumber asalnya?.
Jika semua lapisan rakyat menghayatinya dalam konteks kita bernegara dan berbangsa, berpedomankan Perlembagaan hasil daripada kemerdekaan 1957 yang sama-sama kita terima sebagai kontrak sosial sejak awal, penulis tidak fikir kecelaruan tafsiran konsep gagasan itu boleh terjadi. Mereka yang berfikiran serong atau ada agenda tersendiri sahaja bertindak akan mencampuradukkan dan memesongkan segala-galanya ke dalam satu bekas yang bukan acuannya.