• English
  • B.Malaysia

PostHeaderIcon Berita Utama

http://www.malaysia-instinct.com/english/images/mi_malay_header.png

PostHeaderIcon Siapa Sebenarnya Menabur Fitnah

PostDateIconTuesday, 07 September 2010 11:27 | PDF Print E-mail

khatib

Zakaria Ahmad

Ketika umat Islam sibuk dan meriah untuk menyambut kedatangan 1 Syawal, kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP begitu ghairah menuding jari kepada UMNO, kononnya parti itu menganiaya kerajaan negeri dengan menabur fitnah berkaitan kontroversi doa khutbah solat Jumaat.

Bagi tujuan itu, kerajaan negeri mencetak 150,000 risalah empat muka surat bertajuk ‘Tiada Bukti Bahawa Kerajaan Negeri Arahkan Nama Agong Ganti Dengan Ketua Menteri’. Risalah itu diedarkan kepada orang ramai bagi memberi ‘penjelasan’ berkaitan insiden seorang khatib jemputan, Zakaria Ahmad, yang tidak menyebut nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, dalam khutbah kedua solat Jumaat di beberapa masjid di Pulau Pinang.

Read more...

 

PostHeaderIcon "Dulu Gelar Saya Wira, Sekarang Pengacau" - Zaid

PostDateIconTuesday, 07 September 2010 11:16 | PDF Print E-mail

r "Wira yang kini pengacau"

Datuk Zaid Ibrahim yang menyatakan hasratnya untuk bertanding Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pemilihan parti itu November ini, mendakwa beliau diberi amaran akan diaibkan dengan pencalonan yang tidak mencukupi jika meneruskan niatnya.

Katanya, beliau menerima ugutan itu apabila mengubah fikiran pada minggu lalu dengan mengumumkan untuk bertanding jawatan itu.

Last Updated (Tuesday, 07 September 2010 11:18)

Read more...

 

PostHeaderIcon Jangan Jadikan Bukit Aman Medan Hentam-Menghentam

PostDateIconTuesday, 07 September 2010 08:13 | PDF Print E-mail

mn

Oleh JEFRI ZACHARIAH

Saya masih ingat, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Datuk Ramli Yusuff pernah 'menghentam' Badan Pencegah Rasuah (BPR) atau sekarang ini dikenali sebagai SPRM sewaktu dalam satu sidang media di Bukit Aman kira-kira tiga tahun lepas.

Dalam sidang akhbar itu, Ramli kesal kerana beliau percaya yang BPR telah bertindak tidak adil ke atas dirinya kerana bagi beliau, BPR tidak boleh sekali-kali membocorkan maklumat siasatan terhadap mana-mana pegawai atau kakitangan awam. Mereka, menurut Ramli,  tidak boleh beritahu kepada siapa-siapa termasuklah pemberita atau media.

Last Updated (Tuesday, 07 September 2010 11:14)

Read more...

 

PostHeaderIcon Jangan Persoal Kontrak Sosial

PostDateIconTuesday, 07 September 2010 05:44 | PDF Print E-mail

Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan rakyat negara ini agar tidak mempersoalkan perkara-perkara yang sudah disepakati oleh para pengasas negara khususnya Perlembagaan Persekutuan yang berdasarkan kontrak sosial di antara kaum.

Perdana Menteri juga meminta rakyat untuk sentiasa mengelakkan diri daripada bertindak atau mengeluarkan tutur kata yang boleh mengguris perasaan kaum-kaum lain.

Beliau menegaskan perkara itu merupakan aspek penting dalam menjiwai gagasan 1Malaysia dan dapat menyumbang kepada pengukuhan perpaduan nasional.

Najib yakin jika perkara-perkara itu dijiwai, ia mampu meredakan 'suhu panas' yang melanda negara sejak akhir-akhir ini.

Read more...

 

PostHeaderIcon Kereta Sosilawati Ditemui

PostDateIconTuesday, 07 September 2010 05:35 | PDF Print E-mail

nb

Siasatan kes kehilangan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya menunjukkan perkembangan apabila kereta milik beliau dan peguamnya ditemui di dua lokasi berbeza malam ini.

Kereta BMW milik Sosilawati, 47, ditemui di Pangsapuri Angsana USJ1 di sini diikuti kereta milik peguamnya di sebuah kawasan perumahan berhadapan Dorsett Hotel Subang Jaya.

Difahamkan, seorang peniaga yang mengecam nombor plat kereta Sosilawati menerusi berita di televisyen melaporkan penemuan itu kepada pihak polis pada pukul 9.30 malam.

Peniaga itu menonton berita mengenai kehilangan jutawan itu yang turut mendedahkan nombor plat kereta yang dinaikinya dan apabila dia turun ke bahagian bawah pangsapuri berkenaan selepas itu, dia nampak kereta dengan nombor plat sama ada di tempat letak kereta di bahagian hadapan pangsapuri tersebut lalu melaporkannya kepada polis.

Last Updated (Tuesday, 07 September 2010 09:30)

Read more...

 
More Articles...
  • 8 Inisiatif Pembaharuan Strategik Pacu MBE
  • Hikmah Khoo Kay Kim Berketurunan Tionghua
  • Musa Tiada Facebook
  • Musa Hassan Kata KDN Campur Tangan Urusan Polis

<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>

Page 7 of 361

Copyright © 2009 Malaysia-instinct.com All Rights Reserved.

Designed by XYZ.