ADUN Subang Jaya, YB Hannah Yeoh telah "memenuhi undangan" Nazir dan Imam Masjid Al Falah di USJ Taipan, menghadiri dan memberikan "Tazkirah" serta menyampaikan angpow dalam satu majlis Iftar Ramadhan minggu lalu. Siapa sebenarnya Hannah Yeoh ini ?
Dia merupakan seorang Tokoh Muda Kristian yang komited. Buktinya pada 4 Sep 10 @ jam 1830 - 2200, di Sunway Pyramid Convention Centre, SUNWAY, satu Program Motivasi Kristian telah diadakan.
Zaid Ibrahim kini ke sana ke mari bagai kehilangan arah mengaku ‘diGhafarBabakan’ oleh Anwar. Dia juga mengadu bagaimana terpaksa menghadapi kecaman dari dalam PKR sendiri, seolah-olah meminta simpati.
Kelihatannya, seolah-olah Zaid baru mengenali siapa Anwar dan apa yang Anwar sanggup lakukan untuk survival diri sendiri.
Karpal Singh membuat kenyataan bahawa Namewee tidak bersalah kerana bertindak atas provokasi yang ditimbulkan oleh Puan Siti Inshah Mansor, Guru Besar sebuah sekolah di Kulai yang menyuruh bangsa Cina pulang ke China.
Jika hujah Karpal ini boleh digunapakai maka sesiapa saja yang bertindak atas Namewee atau Katy Lim Li Lian kerana provokasi yang ditimbulkan mereka adalah juga tidak bersalah.
Walaupun saya bukan warga Malaysia, saya turut berasa amat terhina menyaksikan kebiadapan Wee Meng Chee (Namewee) terhadap agama Islam, bangsa Melayu dan negara ini. Saya rasa kerajaan Malaysia terlalu toleran dan berlembut hati dalam menangani sikap rakyat yang kurang ajar terhadap negara dengan memaafkannya dahulu.
Kalaulah Meng Chee ini berada di bumi lain (termasuk negara yang terdekat), tentu tindakan undang-undang telah lama dikenakan ke atasnya.
Tindakan calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengurus kempennya untuk pemilihan November ini, dipersoalkan oleh bekas Exco kanan parti itu.
Zamil Ibrahim yang juga bekas Setiausaha PKR Kedah melihat pelantikan penasihat parti itu ke jawatan tersebut sebagai sesuatu yang pelik.