Budaya balik kampung adalah penting bagi memelihara hubungan antara mereka yang menetap di bandar dan kawasan maju dan mereka yang mengekalkan tradisi, budaya dan cara hidup di luar bandar.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, usaha meneruskan tradisi dan hubungan itu adalah penting bagi orang ramai untuk mempertahankan budaya dan identiti sebagai rakyat Malaysia.
"Saya perhatikan bahawa cuti hujung minggu yang panjang baru-baru ini merupakan satu lagi contoh bagi begitu banyak kekayaan budaya rakyat Malaysia di mana kebanyakan daripada kita pulang ke kampung halaman masing-masing untuk menjalin semula hubungan dengan kaum keluarga dan rakan-rakan," katanya dalam entri terbarunya dalam www.1malaysia.com.my hari ini.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tidak pernah menerima aduan bahawa wujudnya campur tangan kementeriannya dalam tugas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan.
Malah beliau menyifatkan hubungan antara Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) semakin akrab sejak menerajui kementerian itu.
"Ramai yang memaklumkan bahawa hubungan antara KDN dan PDRM semakin baik berbanding sebelum ini.
"Malah PDRM juga gembira dengan kerjasama terjalin dan semakin akrab," katanya dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS) di sini hari ini.
Tan Sri Musa Hassan berharap beliau tidak dituduh 'tidak buat kerja' kerana membiarkan kekosongan beberapa jawatan penting dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh negara sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Polis Negara (KPN).
Ini kerana jelasnya, beliau telah menghantar senarai nama kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) November tahun lalu untuk dipertimbangkan tetapi kekosongan jawatan itu masih berlaku.
"Saya pun tidak tahu kenapa kekosongan itu tidak diisi sampai sekarang walaupun kita sudah hantar senarai nama sejak November lalu. Saya tak mahulah ada yang mengatakan saya tidak buat kerja.
"Malah senarai nama yang dicadangkan itu juga telah dipersetujui bersama oleh jawatan kuasa pemilihan dianggotai oleh pegawai kanan polis sebelum dihantar kepada KDN," kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.
Siapa Pula Perisik UMNO Dalam Majlis Pimpinan Tertinggi PKR?
Tuesday, 07 September 2010 23:31 |
Mungkinkah dia ini.....hanya satu andaian liar tetapi dalam politik kita tak boleh terlalu yakin dengan kesetiaan sesiapa pun.
Oleh Satu Hala
Selepas membincangkan mengenai teori kemungkinan Zaid Ibrahim adalah perisik yang dihantar UMNO untuk memusnahkan PKR, Satu Hala ingin menulis perkara yang menyentuh aspek yang sama tetapi melibatkan individu yang lain pula.
Persoalan yang ingin dilontar Satu Hala ialah tajuk di atas iaitu ; Siapa Pula Perisik UMNO Dalam Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PKR?
Sokongan terbuka yang diterima Azmin mungkin menyebabkan dirinya sudah terlalu yakin akan menjadi Timbalan Presiden PKR....namun dia harus sedar dia sedang berhadapan dengan siapa sebenarnya....ia pastinya tidak akan menjadi satu laluan yang mudah.
Oleh Satu Hala
Baru ini Satu Hala menulis mengatakan Zaid Ibrahim adalah perisik UMNO dalam PKR.
Beberapa hujah telah Satu Hala berikan bagi menzahirkan Zaid Ibrahim adalah perisik UMNO antaranya kedudukan kewangan dan harta Zaid tidak pernah susut malah terus berkembang sejak menyertai PKR.
Hakikatnya, selama ini Zaid berjaya hanya disebabkan semata-mata oleh bantuan daripada UMNO dan ini bermakna UMNO masih membantu Zaid sehingga kini.
Ada teori politik mengatakan Zaid sebenarnya diarahkan menyertai PKR sebagai alat untuk memusnahkan parti berkenaan dari dalam.
Dan setakat ini Zaid nyata telah berbuat yang terbaik ke arah menghancurkan PKR secara perlahan-lahan.