Syed Husin Ali Akhirnya Berjaya 'Dianjing Kurapkan' Oleh Anwar Ibrahim
Thursday, 09 September 2010 05:10 |
Oleh JEFRI ZACHARIAH
Dr. Syed Husin Ali bukanlah nama baru dalam arena politik tanah air. Beliau yang berkelulusan PhD dari institusi terulung, London School Of Economics (LSE), telah melibatkan diri dalam politik ni sudah hampir 50 tahun.
Syed Husin bukan sahaja terkenal kerana petah bercakap tetapi juga pandai menyindir. Sebelum dikenali sebagai seorang tokoh politik kepartian, Syed Husin juga masyhur sebagai seorang ahli akademik.
Namun entah apalah malang nasib Syed Husin ni, walaupun cukup lama dalam politik, beliau tidak pernah menang dalam mana-mana pilihan raya, bahkan pernah ditahan di bawah ISA kerana dianggap merbahaya.
Maka itu perjuangan politiknya seperti yang didakwa oleh bekas setiausaha agung Parti Keadilan Rakyat Datuk Salehuddiun Hashim - “adalah penuh dengan perasaan dendam,”
Disebabkan itu jugalah, ramai yang berkata Anwar Ibrahim telah 'memungut' Syed Husin dan memberikan jawatan senator kerana rasa belas kasihan kepadanya, tanpa menyedari yang Syed Husin lah sebenarnya yang lebih berjasa kepada Anwar
Seorang peguam dipercayai menjadi antara senarai individu paling dikehendaki dalam kes kehilangan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga lagi lelaki, sejak 30 Ogos lalu.
Ini kerana lelaki yang ingin ditemui oleh Sosilawati, peguam, pegawai bank dan pemandunya itu di Banting disyaki merupakan individu terakhir bertemu dengan mereka.
Bagaimanapun sehingga kini, peguam tersebut belum tampil dan masih belum dikenal pasti identitinya.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Risikan dan Operasi Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah berkata, orang ramai diminta agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes kehilangan jutawan kosmetik tersebut.
Tan Sri Ismail Omar hari ini secara rasmi menerima tugas sebagai Ketua Polis Negara (KPN) daripada Tan Sri Musa Hassan yang akan tamat kontraknya pada 12 September ini.
Majlis serah terima tugas yang berlangsung di Mes Pegawai Kanan, Bukit Aman itu turut disaksikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Mahmood Adam.
Majlis tersebut dilakukan selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendapat perkenan bagi pelantikan Ismail itu daripada Yang di-Pertuan Agong pagi ini.
Kekosongan jawatan bagi timbalan ketua polis negara pula akan diisi oleh Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/KA), Datuk Hussin Ismail, 57.
Akibat terlalu teruja untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri lebih awal, seorang lelaki didenda RM1,000 atau penjara empat bulan oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini.
Hukuman dijatuhkan oleh Ketua Hakim Syarie, Othman Ibrahim terhadap Shuit Ismail, 51, selepas tertuduh yang juga ketua kumpulan Jamiah Al-Zikri Awwalun mengaku bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 28 Enakmen Jenayah Dalam Syarak 1991 kerana menyambut lebaran lebih awal.
Selain Shuit, isterinya, Haslina Md. Hashim, 50, bersama dua anak mereka, Zulhaq, 21, dan Hakimul Ariff, 19, turut mengaku bersalah atas pertuduhan serupa bersama lima pengikutnya yang lain dan masing-masing didenda RM900 atau penjara tiga bulan.
Mereka Shahrizal Ahmad, 25; Ahmad Darus, 52; Kamaridan Man, 54; Shahrul Nizan Yusuf, 21; dan seorang lagi wanita iaitu Nor Azlina @ Agatha Abdullah, 53.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyifatkan kejayaan menurunkan kadar jenayah jalanan secara drastik pada tahun ini membuktikan wujudnya kerjasama baik antara kementerian itu dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Setiausaha Bahagian Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) KDN, Abdul Aziz Md. Nor berkata, beliau juga tidak melihat sebarang masalah antara kedua-dua pihak sejak NKRA dilancarkan tahun lalu.
Beliau berkata, ia dibuktikan dengan kejayaan menurunkan 38.7 peratus kadar jenayah jalanan pada suku pertama tahun ini berbanding tahun lalu.