• English
  • B.Malaysia

PostHeaderIcon Berita Utama

http://www.malaysia-instinct.com/english/images/mi_malay_header.png

PostHeaderIcon Dewan Negara: Petrol Ron 95 Bukan Punca Kebakaran Jika Berlaku Kemalangan

PostDateIconFriday, 30 July 2010 02:28 | PDF Print E-mail

bv

Kerajaan pada Khamis menolak dakwaan petrol RON 95 menjadi punca kebakaran sekiranya berlaku kemalangan akibat kandungan benzene yang tinggi.

Timbalan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Rohani Abdul Karim berkata RON 95 adalah bahan bakar yang mematuhi spesifikasi EURO2M yang mana dapat mengurangkan pencemaran udara akibat pelepasan sulfur.

Katanya di bawah spesifikasi EURO2M itu, jumlah maksimum penggunaan benzene adalah lima peratus sahaja, dan benzene yang terkandung di dalam RON 95 berfungsi sebagai 'octane booster' yang sebelum ini menggunakan plumbum.

"Pernyataan bahawa RON 95 menjadi punca berlaku kebakaran sekiranya berlaku kemalangan akibat kandungan benzene yang tinggi adalah tidak benar," katanya ketika menjawab soalan Senator Ahmad Hussin di Dewan Negara, di sini pada Khamis.

Last Updated (Friday, 30 July 2010 02:37)

Read more...

 

PostHeaderIcon Tharmendran Ke Mahkamah Tentera Pula...

PostDateIconFriday, 30 July 2010 02:23 | PDF Print E-mail

Sarjan N. Tharmendran dari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bukan sahaja menghadapi pertuduhan mencuri dua enjin pesawat F5 milik TUDM, tetapi turut didakwa atas pertuduhan lain di Mahkamah Tentera kerana menerima harta awam yang digunakan secara tipuan dan satu pertuduhan alternatif iaitu menerima harta curi.

Sarjan itu didakwa mengikut Seksyen 61(b) Akta Angkatan Tentera 1972 dan Seksyen 88 Akta Angkatan Tentera 1972 yang berlawanan dengan Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun jika sabit kesalahan.

Tharmendran telah dihadapkan ke Mahkamah TUDM bermula pada Jun 2007 dan seramai 11 saksi pendakwaan telah dipanggil sehingga Mei 2009. Bagaimanapun, perbicaraan itu ditangguhkan untuk memberi laluan kepada penyiasatan kes kecurian enjin pesawat yang didakwa dilakukannya.

Perbicaraan itu sepatutnya disambung pada hari Khamis dengan memanggil tiga lagi saksi sebelum menutup kes pendakwaan. Bagaimanapun, ia ditangguhkan selepas peguam bela tertuduh, Rakhbir Singh tidak hadir kerana beliau menjelaskan melalui surat kepada mahkamah menyatakan ingin menarik diri selepas tidak mendapat arahan daripada anak guamnya itu.

Read more...

 

PostHeaderIcon Ahli Majlis MPK Diarah Bercuti Sementara Siasatan Dilakukan - Menteri Besar Selangor

PostDateIconFriday, 30 July 2010 02:19 | PDF Print E-mail

bv

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata ahli majlis Perbandaran Klang (MPK) Tee Boon Hock diarahkan bercuti sementara siasatan dilakukan ke atas dakwaan yang mengaitkan beliau dengan penyalahgunaan kepala surat dan cap rasmi Exco bagi mengeluarkan surat sokongan untuk kontrak MPK.

Beliau berkata Tee akan bercuti bermula esok sehingga satu tempoh yang akan diberitahu.

"Tee sendiri telah maklum dengan perkara ini dan beliau bersetuju dengan rela hati untuk bercuti buat sementara waktu," katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri majlis konvokesyen ke-9 Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS) di sini.

Katanya kerajaan negeri telah mengarahkan Jabatan Audit Negeri menyiasat dakwaan seorang ahli majlis MPK telah menyalahgunakan kepala surat dan cap rasmi Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Penyelidikan dan Kajian Selangor Ronnie Liu bagi mengeluarkan surat sokongan untuk kroni dan anggota keluarganya untuk mendapatkan kontrak MPK.

Last Updated (Friday, 30 July 2010 02:41)

Read more...

 

PostHeaderIcon Dr Chua Soi Lek Terkejut Bekas Presiden MCA Didakwa

PostDateIconFriday, 30 July 2010 02:17 | PDF Print E-mail

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek terkejut apabila dimaklumkan pendakwaan terhadap bekas Menteri Pengangkutan dan bekas presiden parti itu Tun Dr Ling Liong Sik di Mahkamah Sesyen Putrajaya Khamis.

Bagaimanapun, Dr Chua berkata beliau dan pemimpin MCA yang lain yakin Dr Ling akan mendapat perbicaraan yang adil mengikut sistem perundangan di negara ini.

Dr Chua hanya mengetahui berita itu ketika pemberita memintanya mengulas mengenai perkara berkenaan.

"Bila?... selain daripada beliau (Dr Ling), siapa lagi (yang didakwa)?" tanya Dr Chua kepada pemberita yang menemuinya selepas beliau melawat Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Poi Lam di sini.

Read more...

 

PostHeaderIcon Najib Gesa Generasi Muda Malaysia Manfaatkan Peluang Dalam Pendidikan

PostDateIconFriday, 30 July 2010 02:13 | PDF Print E-mail

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa generasi muda Malaysia memanfaatkan peluang yang diberikan kerajaan untuk cemerlang dalam akademik.

Beliau berkata kerajaan telah menyediakan banyak inisiatif, termasuk semua pelajar yang memperoleh 9A+ dan lebih dalam perperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) layak mendapat biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Najib berkata pelbagai inisiatif lain sedang dirumuskan, yang sedang ditelitinya secara peribadi, yang akan memberikan lebih banyak peluang kepada generasi muda Malaysia untuk mencapai matlamat dan impian mereka.

Katanya sebahagian daripada penjimatan yang diperoleh kerajaan daripada langkah rasionalisasi subsidi baru-baru ini juga akan disalurkan untuk menyediakan lebih banyak peluang dalam pendidikan.

Read more...

 
More Articles...
  • RPK - Kisah Keturunan Hidup Berzina Dan Makan Duit Haram
  • Ling Liong Sik Didakwa
  • Mahfuz Cakap Pasal FDI? Waka Waka Hei Hei... Kelakarnya
  • Idris Harun Akhirnya Buka Mulut...

<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>

Page 1 of 283

Copyright © 2009 Malaysia-instinct.com All Rights Reserved.

Designed by XYZ.