NGO Pertahankan Pengkid, Mana Suara PASkid?
Suara Politik
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) meminta semua pihak, termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bukan Islam supaya tidak mencampuri urusan pelaksanaan syariat Islam di negara ini, khususnya mempertikaikan kuasa Majlis Fatwa Kebangsaan.
Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, berkata tindakan Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa sebagai panduan kepada umat Islam bagi menyelamatkan generasi muda melakukan perkara dilarang agama. "Kita minta pihak yang tidak berkenaan tidak mencampuri hak orang Islam dalam menganuti agama Islam, apatah lagi mempertikai pihak berkuasa agama negara ini dalam menegakkan syiar Islam.
Tindakan segelintir mereka mempersoalkan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan dengan menuduh fatwa yang dikeluarkan sebagai tidak adil dan menindas juga melanggar hak asasi manusia kerana mempertikaikan hak orang Islam beragama," katanya, semalam. Beliau mengulas laporan portal berita Jumaat lalu, mengenai tindakan NGO bukan Islam; Katagender dan Food-not-Bombs mengadakan demonstrasi membantah keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan baru-baru ini, yang mengeluarkan mengharamkan perlakuan 'pengkid' atau wanita yang menyamai lelaki.
Portal berita itu turut menyiarkan temubual eksklusif dengan Pengarah Eksekutif Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO), Ivy Josiah yang mempertikaikan fatwa itu dan menyifatkannya tindakan lelaki yang mahu mengongkong kebebasan wanita negara ini di samping menjadikan negara dipandang serong serta ditertawakan negara luar.
Minggu lalu, Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) dilaporkan berkata, tindakan pelbagai pihak lantang mencemuh serta memperlekehkan fatwa sebagai usaha menjatuhkan wibawa Majlis Fatwa walaupun Mahkamah Persekutuan sudah membuat penghakiman institusi fatwa sah di sisi Perlembagaan.
Wan Mohamad berkata, apa yang penting fatwa yang dikeluarkan itu mengambil kira kepentingan majoriti masyarakat Islam negara ini dan bukan mempertahankan kepentingan peribadi sesetengah golongan.
"Kita nasihatkan bukan Islam khususnya yang membantah fatwa merujuk tokoh agama masing-masing mengenai isu 'pengkid?atau isu lain dan tidak memperlekehkan ketetapan dibuat badan agama yang tidak dianuti mereka," katanya.
Fatwa: Abim pandang berat pihak anjur protes
Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) memandang berat tindakan pihak-pihak tertentu menganjurkan protes umum atau membuat kritikan terbuka terhadap fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai pengharaman perlakuan tomboy atau pengkid serta fatwa mengenai Yoga yang sedang dipertimbangkan.
Presiden Abim, Yusri Mohamad berkata, Majlis Fatwa Kebangssaan merupakan sumber rujuk utama bagi umat Islam di negara ini untuk mencari penyelesaian tentang sebarang kemusykilan mengenai hal-hal agama.
"Fatwa yang dikeluarkan, akan melalui proses perbincangan yang teliti dan bersandarkan kepada sumber-sumber hukum sahih serta kaedah-kaedah perundangan Islam yang muktabar.
"Oleh sebab itu, fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan tidak patut dipertikaikan dengan mudah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jika pertikaian tetap timbul, tambahnya, ia hendaklah disalurkan ke proses perbincangan yang tertutup. Yusri berkata ia sama sekali tidak sesuai menjadi perbahasan di kalangan masyarakat awam, lebih-lebih lagi jika dijadikan bahan untuk menganjurkan protes umum atau demonstrasi.
"Abim juga khuatir tindakan pihak-pihak tertentu, terutama sekali pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan bukan Islam, melakukan protes terbuka terhadap fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan, akan mencetuskan suasana ketegangan dan perselisihan di kalangan umat Islam khususnya dan masyarakat amnya di negara ini," katanya.
Abim, tambah Yusri, berpendapat bahawa pendekatan terbaik untuk menangani sebarang kemusykilan dan pertikaian mengenai fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan adalah dengan disalurkan secara sihat melalui perbincangan ilmiah tertutup yang disertai oleh pihak ataupun individu yang mempunyai kepakaran dalam isu yang dibincangkan.
"Pada yang sama, Abim mencadangkan agar Majlis Fatwa Kebangsaan atau pihak berkuasa agama yang berkenaan, mengambil inisiatif lebih agresif untuk menjelaskan kepada masyarakat umum, rasional fatwa pengharaman tomboy atau pengkid, untuk meningkatkan kefahaman masyarakat pelbagai agama di negara ini mengenai isu tersebut. (malaysiakini)
Atas dasar liberisasi Majlis Fatwa juga perlu dibantah?
Â
Kenapa mereka tidak henti-henti cuba mencabar dan memperlekehkan agama Islam dan Melayu? Kali ini keputusan majlis fatwa berkaitan pengharaman wanita menyerupai lelaki (PENGKID) dicabar secara terbuka oleh BEBERAPA NGO BANGSAT yang dalang dibelakangnya adalah kaum bukan melayu - maksudnya CINA dan INDIA. Fatwa telah dikeluarkan dan dengan jelas bahawa kalaulah bukan kerana fatwa ini pun maka semua orang Islam pun akan faham dan menyerti bahawa perbuatan tersebut adalah salah.
Ini urusan AGAMA ISLAM, kenapa bukan ISLAM HENDAK MENCABAR dan MENJADI BANGSAT YANG PENYIBUK? Dalam Al-Quran jelas menyatakan wanita yang menyerupai lelaki atau sebaliknya adalah HARAM dan tepatlah fatwa yang dikeluarkan itu.
Setiap fatwa yang dikeluarkan adalah bersumberkan 4 sumber asas iaitu Al-Quran, Hadis, Ijma' Ulamak dan Qias. Para ulamak di Malaysia di dalam majlis fatwa sudah bersungguh-sungguh membuat penilaian tentang fatwa mereka secara ijmak. Perlu diingatkan bahawa fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dibuat setelah diadakan muzakarah dan perbincangan mendalam di kalangan mereka yang ahli dalam permasalahan sosial pengkid ini dan para 'ulama-'ulama.
Namun, yang sedihnya atas dasar liberasasi kononnya ada pula NGO bukan Islam dan Islam yang 'berdemo' menuntut agar fatwa tersebut ditarik balik, kononnya bakal ditertawakan dunia. Sudahlah salah, berani pula memperjuangkan hak melakukan kesalahan tersebut...inilah Malaysia Malaysian!
Yang sebetulnya KURANG AJAR bagi yang bukan Islam dan PENGKHINAT ISLAM bagi Islam yang berselongkol dengan bukan Islam kerana berani membangkang Majlis Fatwa dan fatwa yang dikeluarkan dari sumber Al-Quran dan Hadis (dan lain-lain yang disebut tadi). Mereka ini patutnya disumbat didalam penjara kerana menghina Islam!
Apa jua keadaan pun, golongan bukan Islam tidak ada hak sama sekali untuk turut mencampuri urusan hukum-hakam umat Islam. Andaikata ada kesilapan atau kelemahan dalam fatwa tersebut, ianya adalah untuk mereka yang berkenaan menyelesaikannya.
Apabila segelintir golongan bukan Islam mula mempertikaikan secara terbuka institusi Islam saperti Mahkamah Syariah, Majlis Fatwa dan lain-lain, ianya secara langsung akan membangkitkan rasa tidak puas hati dikalangan umat Islam yang lain. Ramai umat Islam cukup yakin penganut agama lain juga akan tidak puas hati jika perihal agama atau institusi keagamaan mereka dipertikaikan secara terbuka. Mereka sanggup berdemontrasi dalam isu agama mereka.
Kepada segelintir golongan ini, disini ingin tegaskan bahawa kalau agama mereka merelakan anak perempuan mereka menjadi pengkid atau terlibat dalam kegiatan lesbianisma, persilakan. Tetapi jangan sekali-kali mengheret umat Islam ke kancah kehancuran peradaban dan akhlak.
Umat Islam yakin dengan agama Islam, dan kami yakin dengan cara hidup kami. Kami yakin Allah itu Tuhan Yang satu, dan kami yakin kebenaran risalah Islam. Kalau kamu memilih untuk terus menerus menghina kami dan memperlekehkan agama kami, amaran kepada kamu akan ada dikalangan umat Islam yang akan bangkit mempertahankan kesucian dan kemurniaan agama Islam.
Mana pembela Islam?
Dulu Anwar Ibrahim sokong "Forum Memeluk Islam " atas dasar keterbukaan dan kebebasan demi raih sokongan bukan melayu terutama KRISTIAN, anak buahnya samakan Rasuah Sex dengan sedekah - bangga kerana menunjukkan keberanian mengaku katanya... Anwar Mengatakan NEGARA INI BUKAN MELAYU PUNYA tapi juga CINA dan INDIA PUNYA demi raih sokongan kaum Cina dan India dan sekarang FATWA AGAMA DICABAR, apakah Anwar akan mengeluarkan fatwanya sendiri atau membantah sekerasnya demi Islam (sebab dia kata dia pemimpin IslaMIC) atau sengaja menyepi sebab takut tersilap keluar statment berkurangan sokongan padanya.
Inikah Amar Makruf, Nahi Mungkar yang diajar oleh para-para ulamak politik PAS kepada Lim Kit Siang dan Guan Eng yang ingin menjadikan Serambi Mekah ke-2 di P.Pinang? Akibatnya NGO-NGO yang didalangi DAP dan PKR berani membantah dan mempertikai hal ehwal hukum-hakam agama Islam.
PAS yang lantang kononnya membela Islam mana serban kamu... bertindaklah... Jika umat Islam diPalestin ditindas oleh Zionis, maka beraraklah dengan bersepanduk tanda bantahan dan sempat juga menuduh Majlis-majlis Agama tidak prihatin dengan nasib penduduk Islam Palestin. Dan apabila agama Islam di negara sendiri MALAYSIA dicaci, dihina dan dipertikai, mana perginya sepanduk-sepanduk bantahan? Mana jati-diri keIslaman puak-puak yang kononnya menegakan syiar Islam yang bertopengkan parti politik bersimbol bulat ini?
Ohh ya, Hadi pun tukang nujum pak lalang yang famous dalam pembikinan fatwa dan amanat songsang yang akan disokong oleh Nik Aziz serta penyokong taksub-maksub PAS. Adakah pemimpin PAS ini tergolong dalam kategori ulama, siapa kata mereka ulama? Sudah tentu akan menyepi. Paling kuat Pemuda PAS kalau bersuara pun akan mengatakan ini adalah propaganda UMNO. Lim Kit Siang, Guan Eng, NGO pun tepuk tangan sebab ada pembela, pengkhianat agama dan bangsa Melayu yang sedang membela agenda mereka.
Ini adalah kerana ada MELAYU yang telah merelakan dicabul dari kiri, kanan, depan dan belakang? Kenapa? Kerana MELAYU-MELAYU (adik-adik, kakak-kakak, abg-abg, makcik-makcik, pakcik-pakcik) yang tertipu inilah yang telah memberikan undi mereka kepada Pakatan Rakyat secara tak langsung kepada DAP yang mana kemenangan hasil undi MELAYU-MELAYU TADI telah memberikan mereka kuasa dan DAP bijak menggunakan kuasa untuk MENGHAPUS HAK MELAYU SECARA LICIK dan SISTEMATIK dan membolehkan DAP mencabar ISLAM dan merampas hak MELAYU yang telah bersubahat menjahanamkan AGAMA ISLAM dan BANGSA MELAYU sendiri.
TAHNIAH DAN SYABAS PENGUNDI YANG MENGUNDI PAKATAN RAKYAT kerana berjaya membawa perubahan YANG MENJAHANAMKAN MASA DEPAN dan PELUANG ANAK, CUCU DAN GENERASI BANGSA MELAYU ISLAM MENDATANG. Sebelum terlambat selagi ada nyawa toksum ketua guru, mintalah SYURGA yang dijanjikan oleh pemimpim PAS itu kerana janji-janji seumpamanya bersamaan dengan Anwar berjanji akan menjadi PM pada 16Sept dulu.. Satu pihak (PAS) mengadaikan aqidah AGAMA Islam dan satu pihak lain (PKR) mengadai BANGSA, impian DAP menjajah NEGARA. Akhirnya tergadailah AGAMA, BANGSA dan NEGARA. - MyKMU
Â
Last Updated (Monday, 17 November 2008 13:11)



